Thursday, March 19, 2009
Musim Bunga Di SP??
Sunday, November 23, 2008
Pi kenduri umah Tok Imam Kpg Rumput Minyak
Aku: "Alah.. tak yahlah.. selalu pun mcm ni jer kan.."
Jalan nak masuk Kampung Rumput Minyak
Kat tempat kenduri
Abah sibuk nak MMS adik aku kat Sarawak (si Intan menyibuk jer.. "Watpa tu Pak Njang?")
Ptg2 best tul pekena goreng pisang n ubi
Friday, November 21, 2008
Balik kampung.. oooo... balik kampung...
Gunung Jerai dari Lebuhraya Utara-Selatan
Tengokkan pada suasana sekitar, mmg dah nak gelap.. Maklumlah dah pukul 6.15 rasanya masa tu. Tambah pulak baru lps hujan dan nak hujan lagi.. Sejuk pun sejuk. Aku mcm biasa lah, pakai sweater 2 helai kalu balik time2 mcm ni.. hehhehehe.. bila dah sejuk sgt, jari2 aku dah tukar jadi kaler biru.. sebab jari aku tak cover.. sejuk sampai rasa kebas. Rasa darah tu beku. Hidung aku pun dah mcm hidung kucing sejuk giler (hidung kucing kan selalu sejuk. Tak caya, try sntuh hidung kucing.. hihihii).. Bila dah sampai area Alor Setar, aku adalah nampak cahaya matahari senja time tu.. Matahari pun dah nak terbenam tinggalkan kesan2 tompokan cahaya jingga kat dada langit.. Tapi pemandangan still cantik sebab terbentang luas sawah padi dan aku nampak ada beberapa org lagi tgh dok pancing ikan, dok bersembang kat atas batas sawah padi tu, dok tanam semula padi kat petak semaian..
Sambil lalu jer aku snap gambar2 ni guna kamera hp aku.. maklumlah, sambil bawak motor sambil sms.. hahahhaha.. (kids, dun try this at home k..).. Time ni ada lagi budak2 dok berlari2 kat batas sawah aku tengok.. Mak ayah diorang pun baru habis buat keje sambil dok bersembang dengan pakcik makcik yang lain.. Selalu aku lalu kat satu2 kawasan sawah padi mcm ni, bila ada budak2 pandang jer ke arah laluan motor kat highway ni, mesti diorang lambai.. Aku pun balas balik lambaian budak2 tu, diorang apa lagi, dah ada respon, terus lah lambai lagi sambil jerit2! "Babai! Babai!" hehehhehe.. Rasa cam glemer kejap.. huhuhu.. Sedar tak sedar, dah dekat pukul 7 dah.. Time tu aku baru jer nak masuk ke susur keluar Bandar Darul Aman / Wang Tepus.. ha, nak keluar kat sini pun boleh, lalu kat area Bandar DarulAman (ataupun org kat Jitra panggil bandar darulaman ni "Tanah Merah") or bleh jer kuar terus kat atas sket, kat susur keluar Jitra.. Tapi aku selalu guna susur keluar Bandar Darulaman ni..
Keluar jer dari susur ni, depan tu ada traffic lite simpang tiga.. masuk jer kiri.. lepas tu jmpa trafic lite lagi, masuk kanan lak.. lalu kat depan Institut Perguruan Darulaman (IPDA).. pehtu jmpa simpang masuk kiri, kanan balik, pehtu kiri, kanan, kiri dan seterusnya.. sampailah depan rumah aku.. hehehheheheh...
Sampai jer depan rumah, aku tgk umah aku gelap jer.. Aku hon2 motor aku n bagi salam takde sapa yg menjawab nyer.. aduss.. ni lah padahnya nak buat surprise konon, balik tak nak bagitau.. hahhahahah... (kids, pls dun try this also k...) Mula aku rasa seram sejuk, tgk gambar ni nampak seram kan? kan? hehehhe.. lepas tu aku pusing sekeliling, tgk pulak kat depan rumah aku kat kawasan taman permainan tu.. pun lagilah seram...
Ish.. ish.. ish.. buatnya masa aku tgh snap gambar ni, muncul lak objek paranormal yg tak diduga mcm dalam Seekers tu.. Dahlah dalam masa yg sama, aku terdengar bunyi benda dok cakar2 kat depan umah aku.. memula aku pikir, tikus kot.. tapi takkan kot.. tikus takkan nak cakar, kalu cakar pun pesal bunyi dia drastik sgt..
Masa ni aku usha jam dah pukul 7.15... ish, dlm pada aku fikir nak blah balik rumah tok aku masa tu (sebab aku rasa mak abah aku ada sana), tetibe aku nampak sinaran lampu motor menghala ke arah aku.. fuhh... selamat.. adik aku dah balik.. sebab aku call dia tak jawab tadi, tu aku hantar sms jer.. dia hantar kunci rumah.. Lepas tu dia blah! Ish, aku dahlah takut dgr bunyi cakar2 tadi.. aku pun apa lagi, buka jer rumah, terus aku pasang lampu depan, dlm rumah tak yah cakap la, suma lampu aku pasang termasuk lampu bilik air yang takdak kena mengena tu sekali.. hahhahah.. lepas tu baru aku berani pi usha kat depan rumah, bunyi apa yg dok cakar2 tadi tu.. dlm keadaan takut n berani tu, barulah aku tau apa sebenarnya yang dok cakar.. hahahha.. lawak pun ada.. aku lupa pulak family aku ada bela arnab dua ekor. Ada dlam sangkar.. Arnab2 aku ni biasalah.. pantang nampak orang, mesti berebut2 nak berdiri sebab nak minta kangkung lah tu.. nak makan.. hehehehe.. tu yang berbunyi2 tadi tu.. apa daaa... Gabra sgt.. ekekekkeke... (malu aku dgn diri sendiri)
Arnab ni yang sekor tu telinga takdak sebab bapak dia makan masa dia kecik2 dulu.. Tak guna punya bapak arnab.. ingatkan haruan jer makan anak, arnab pun makan anak gak.. ops, mkn telinga anak.. Aku pun lepas tu, dah mandi2, rasa lapar pulak.. tapi malangnya, mak aku tak masak pun.. Mesti family aku makan kat umah tok aku. Aku buka tudung saji, yg ada cuma sayur kacang bendi goreng dengan udang n sotong.. bleh lah tu.. aku tgk dlm peti ais ada ikan pekasam.. sedap jugak sejuk2 ni dan tgh lapar sgt ni mkan nasi dgn ikan pekasam.. goreng dengan bawang n cili api.. perghh... sedap ni.. hehehehe..
Monday, November 3, 2008
Penang mari...
Eh, sori.. silap "donlod" lak.. hehehhe.. pic ni dia tak perasan pun aku amik.. kandid ni.. (ala.. ala... la... marah lah tu org kandid gambar dia.. heheheh.. jgn marah ek.. gambar kabur jer ni.. kasik gimik jer..) K, scroll lagi di bwh ini..
Tak clear lagi? Nak lebih dekat lagi? Bleh jer.. kejap ek.. kejap ek.. kejap ek... scroll lagi kat bwh..
Ok.. dah nampak jelas kan? Apa? Tak nampak lagi? hehehhehe.. melampau sangat lah tu.. kejap ek.. kejap ek...
Hah.. jelas kan.. so, nanti bila dah siap, aku nak jadi org first yg dtg sini.. (bleh tak encik di sebelah yg memandu? bleh tak? bwk yer saya dtg sini nanti yer?) hehehehhe.... Erm.. dah abeh jln2.. aku pun terus dihantar pulang.. sebab esok nya (Isnin) aku keje.. Encik memandu di sebelah takpelah esok nya dia cuti lagi...
Sunday, November 2, 2008
Shopping... Village Mall SP
Hari Sabtu lepas aku gi shoppe kat village mall dgn mak buyong.. Mak buyong dpt det gaji, suka lah tu.. Selalu kalu dia ajak pi shopping baju ker... aku mesti tak mau. Selalu aku ckp kat dia, aku takdak mood nak shoppe lah.. Takdak det lah.. Mcm2 lah alasan aku.. Padahal, bila dah sampai kat tempat yg dituju, bukan main lagi aku yang excited.. Selalunya barang yang aku beli mesti lebih dari dia.. tak kisahlah lebih harga mahupun lebih sehelai dua baju dari dia.. hahahahha.. lepas tu kene tahan telinga lah ayat selalu yg aku kena.. "ELEH.. KONON TAKDAK MOOD NAK SHOPPING"... takpun, "HANG MELAMPAU NOH? AKU YANG NAK SHOPPING, HANG YANG MELEBIH DARI AKU" hehehhehe.. tau takpa..
Inilah VILLAGE MALL Sungai Petani... Sini banyak butik dan tempat makan mcm PIZZA HUT, SECRET RECIPE, STARBUCKS, LAKSA SHACKS, CHICKEN RICE SHOP... santai la kat sini.. Butik2 baju mmg best lah.. kat SHOP A LOT mmg byk baju, aksesori, kasut, handbag.. cantik2 korang.. VILLAGE MALL ni kat area Lagenda Height. Sini bleh dikatakan kawasan elit kat sp ni.. kat sini ada banyak lagi kedai2, tempat makan, TESCO pun ada.. Nanti bila2 aku "donlod" lagi pic kat area ni.
On da way... (tembam)
Ibu mengandung yang riang memandu... (lalalalalala)
Pilih jer... bank dekat jer...
Dah balik dari VILLAGE MALL, kami singgah makan kat HOTMAS lagi.. Padahal kelmarin baru jer makan kat HOTMAS.. (sebab mmg sedap kat sini.. Tgklah deretan motor n kereta yg park kat sini.. mmg ramai yang suka mkn kat HOTMAS.. jadi, silalah dtg..
Saturday, November 1, 2008
Rumahku yang permai...
Dapur ni kalau time2 masing2 tgh lapar, tgh rajin nak tunjuk skill masak, mmg lah teramat meriah sekali. Botol2 yg mmg tak tersusun kat atas kabinet tu, ha.. kalu time masing2 berebut masuk dapur, haruslah botol2 tersebut kemungkinan besarnya bergelimpangan di atas lantai.. Peti ais juga mau ternganga luas (lepas tu sibuk merungut pesal peti ais dah tak sejuk?) sebab tak sempat nak tutup dok kalut memasak.. Tgk mcm ni mmg lah ala2 aman damai jer dapur ni kan? Tengoklah time baru balik keje, dalam kul 6 lebih mcm tu.. mau macam tongkang pecah dapur ni... Sinki dan dapur yg agak bersih spt gambarajah di bwh ini...
mungkin akan kelihatan seperti gudang belacan yg dah nak kena gulung tikar kalu tiba "peak hour" spt yg telah disebutkan spt di atas.. huhuhu..
Friday, October 31, 2008
Pi Opis...
Tak sedap? ha.. untuk org yg tengah lapar mmg lah rasa teramatlah sedap nasi goreng tersebut. Tapi siyes la ckp.. mmg kat sini makanan dia sumer sedap2.. chicken chop, lamb chop, steak.. pergh... sumer best. Sediakan duit jer. Pasti anda mampu mkn dengan mewah dan bergayanya di sini. Licin semalam kitorang makan. Tinggal kulit udang tu jer.. hehehhe...
Tengok mak buyong tu.. ha, sangat berselera. Nak dtg sini, silalah ke HOTMAS Taman Lagenda Indah, Sungai Petani Kedah.. Nantilah aku tunjuk kat korang tempat2 makan yang best lagi kat sini. Lagipun today aku n mak buyong nak gi jalan2. Nanti aku amik gambor lagi "donlod" kat sini wat tatapan korang. (Mak buyong sms tadi.. rini dah masuk gaji.. hehehhe.. member nak blanja mkn..) Padahal sebelum dtg ofis ni.. (lupa lak nak bagitau aku ni excited wat blog ni sampai hari cuti pun sanggup masuk ofis.. nak guna internet. hehhehe) aku dah makan nasik kat umah tadi. Housemate aku bangun2 tido tadi (sama2 bangun dkt kul 10) terus masak nasi n sambal ikan bilis. Aku lak tambah lagi 2 jenis lauk.. (gambor tak dapek nak donlod lak dah..) Takpe, next time yer aku tunjuk lauk2 tu.. Erm.. tengah aku dok syok "mengedit" ni, bos aku lak dah dtg ngn family dia.. malu siot.. tudung tak pakai lak tu.. aduss.. segan aku wife dia ada.. hahahhaha... takpe.. takpe.. control.. control..
Oklah geng, aku nak chow dulu.. balik nak pi beli teh ais kat housemate aku jap. Lepas tu dah janji dgn mak buyong lak nak gi teman dia "cucuk" det kat bank. Ok, cau cin cau... Nanti kita jumpa lagi..
Akubudaksp Membuka Bicara
Ha.. dah nampak kan? Actually jam besar ni salah satu mercu tanda pekan Sungai Petani lah.. Masa gambar ini diambil kalau tak silap tahun lepas. Masa ni MPSPK tgh dok wat dataran kat area sini. Tapi sekarang dah ok.. dah cantik.. Kat dataran ni, selalu lah kalu nak sambut Merdeka ker.. New Year ker.. adalah acara dibuat kat sini. Thaipusam pun diorang pecah kelapa kat jalan ni.. ha.. giler tak giler tgh2 pekan wat perangai pecah kelapa.. hahahhaha.. lantaklah.. jgn pecah kepala sudah. Tapi tulah kan.. kepelbagaian budaya dan adat istiadat org kita Malaysia.. Itulah keunikan.. Nak tengok lagi gambar2 di pekan SP? Sila lah tengok lagi kat bawah...
Ok, yang ni pulak.. diorang panggil Sungai Sungai Petani (tapi ada gak orang panggil sungai hitam sebab ada masa dia jadi kaler hitam) Ni lah satu2 nya sungai di tengah2 pekan SP ni.. Tapi tak leh ar mandi.. bahaya.. sebab sungai tersebut tersangatlah dalamnya..(mengikut firasat aku lah setelah aku ukur dgn jari terlunjuk.. erm.. agak tenggelam la jari aku.. dalam bukan?) hehhehe.... Sebenarnya kalau nak cerita n nak tunjuk lagi gambar, mmg lah tak bleh habis hari ni. Memandangkan masa yang semakin suntuk (sebab dah janji dgn kawan nak gi mkn ni), Akubudaksp mengundurkan diri dulu buat masa dan waktu ini.. Kita berjumpa lagi tapi bukan di hari dan waktu yang sama yer.. ok, jumpa lagi.. di lain waktu Akubudaksp akan mengajak anda semua berjalan2 cari pasal di sekitar SP.. bye.. Assalamualaikum..